CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 4 October 2012

Resepi Korea : Ddakbeokkeumtang (spicy braised chicken)

masakan ni adalah masakan korea kedua yang berjaya aku buat selepas resepi 
Baechu Dwenjangguk (Cabbage and soy bean paste soup). senang sangat dan tak perlu nak bersusah-susah menggoreng apa2 dan sangat2 nyaman kalau makan masa waktu hujan.

BAHAN2:
Ayam 1kg
2 biji bawang besar
kicap cair
hot pepper paste
hot pepper flakes (kalau xde, guna cili api)
bawang putih cincang
gula
kentang
cili api (ikut citarasa)

PENYEDIAAN KUAH:
1/4 cawan kicap cair
1/4 cawan hot pepper paste (lada lumat korea)
1/4 cawan hot pepper flakes (serbuk lada korea)
1/4 cawan bawang putih dicincang
1 sudu besar gula
2cawan air

**mula-mula sediakan ayam dalam 1kg (tak kisah ayam bahagian apa2)

**basuh dan potong ikut saiz yang korang sukakan

**masukkan terus dalam periuk

**potong 2 biji bawang besar secara kasar dan masukkan dalam periuk

** untuk serbuk lada kalau tak ada korang boleh gunakan cili api untuk tambahkan kepedasan ikut citarasa sendiri tapi hot pepper paste tu memang kena gunakan korea punye kalau korang nk rasa keaslian masakan korea

**gaulkan kesemua bahan kuah dan campurkan dengan 2cawan air dan terus masukkan kedalam periuk

**potong 3 biji kentang dan potongkan dengan saiz besar2

**potong cili api ikut citarasa sendiri (ni kalau guna hot pepper flakes, klau tak guna hot pepper flakes tak perlu potong cili ni lagi)

**masak kesemua bahan yg ada dalam periuk tadi dalam masa 20minit

**lepas 20minit, masukkan kentang dan cili

**dan masakkan lagi dalam masa 20minit atau lebih bergantung pada ayam dan boleh dihidang

p/s: masakan korea ni jarang sangat gunakan garam. jadi kalau orang melayu masak masakan ni biasanya kalau nk rasa sedap sikit, korang bolehlah tambah garam untuk rasa yg lebih sedap disebabkan kita ni citarasa melayu memang tak lepas daripada garam. tapi kalau korang nk juga kekalkan keaslian masakan ni boleh je tak tambah garam..semuanya bergantung pada citarasa masing2..selamat mencuba ^^

dan kalau susah sangat nak dapatkan bahan2 korea, pergi je kat mana2 kedai yg jual bahan masakan korea, tapi susah jugak nak cari, aku rekemenkan dekat Jusco Mid Valley Megamall..kat situ walaupun tak banyak, tapi tetap ada jugak hot pepper paste dan jugak dwaenjang paste. ^^

0 comments: