CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 20 October 2012

Resepi Korea : Maejakgwa (Korean Ginger Cookies)



Bahan2 diperlukan mudah nak dapat dan cara buat sangatlah senang cuma ada satu part yg agak lambat sikit lah nak buat tapi cookies ni  rasa dia macam kuih lidah buaya cuma ada rasa lain sikit je tapi tetap 100% sedap dan jugak biskut ni ada dalam drama korea Sungkyunkwan Scandal episod 8..^^

BAHAN2 BISKUT
2 cawan tepung
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar jus halia
1/2 cawan air

BAHAN2 SIRUP
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk kayu manis

CARA2
* masukkan tepung, garam, gula, jus halia dan air dalam bekas dan uli sampai jadi doh.
* gulung adunan doh senipis yg mungkin tapi jangan terlalu nipis nanti doh cepat koyak
* potong doh yg dah nipis panjang2 dan yg panjang tu dipotong pendek sepanjang jari kelingking korang..
* hiris 2 atau 3 garisan tengah doh
* ambik bahagian atas dan masukkan dalam bahagian tengah yang berlubang dan naikkan balik dan jadikan seperti bentuk reben.
* panaskan minyak dan masukkan reben doh dan goreng dalam 5-7 minit sehingga warna keemasan dan toskan.
* sementara masak doh sampai habis, buat sirup reben..masukkan air dan gula dan panaskan dengan api kecil selama 20 minit dan masukkan serbuk kayu manis
* dan sirup yg sudah siap digaulkan dengan biskut reben dan boleh dihidangkan.
* bagi yg tak suka manis, anda boleh makan biskut tu tanpa sirup gula.
didihkn dgn api kecil selama 20minit(jgn kacau)

p/s: kalau tak ada serbuk kayu manis, boleh je gunakan batang kayu manis tapi jangan besar2, potong kecik je dan tak perlu letak lama2 masa masak sirup gula

Thursday 4 October 2012

Resepi Korea : Ddakbeokkeumtang (spicy braised chicken)

masakan ni adalah masakan korea kedua yang berjaya aku buat selepas resepi 
Baechu Dwenjangguk (Cabbage and soy bean paste soup). senang sangat dan tak perlu nak bersusah-susah menggoreng apa2 dan sangat2 nyaman kalau makan masa waktu hujan.

BAHAN2:
Ayam 1kg
2 biji bawang besar
kicap cair
hot pepper paste
hot pepper flakes (kalau xde, guna cili api)
bawang putih cincang
gula
kentang
cili api (ikut citarasa)

PENYEDIAAN KUAH:
1/4 cawan kicap cair
1/4 cawan hot pepper paste (lada lumat korea)
1/4 cawan hot pepper flakes (serbuk lada korea)
1/4 cawan bawang putih dicincang
1 sudu besar gula
2cawan air

**mula-mula sediakan ayam dalam 1kg (tak kisah ayam bahagian apa2)

**basuh dan potong ikut saiz yang korang sukakan

**masukkan terus dalam periuk

**potong 2 biji bawang besar secara kasar dan masukkan dalam periuk

** untuk serbuk lada kalau tak ada korang boleh gunakan cili api untuk tambahkan kepedasan ikut citarasa sendiri tapi hot pepper paste tu memang kena gunakan korea punye kalau korang nk rasa keaslian masakan korea

**gaulkan kesemua bahan kuah dan campurkan dengan 2cawan air dan terus masukkan kedalam periuk

**potong 3 biji kentang dan potongkan dengan saiz besar2

**potong cili api ikut citarasa sendiri (ni kalau guna hot pepper flakes, klau tak guna hot pepper flakes tak perlu potong cili ni lagi)

**masak kesemua bahan yg ada dalam periuk tadi dalam masa 20minit

**lepas 20minit, masukkan kentang dan cili

**dan masakkan lagi dalam masa 20minit atau lebih bergantung pada ayam dan boleh dihidang

p/s: masakan korea ni jarang sangat gunakan garam. jadi kalau orang melayu masak masakan ni biasanya kalau nk rasa sedap sikit, korang bolehlah tambah garam untuk rasa yg lebih sedap disebabkan kita ni citarasa melayu memang tak lepas daripada garam. tapi kalau korang nk juga kekalkan keaslian masakan ni boleh je tak tambah garam..semuanya bergantung pada citarasa masing2..selamat mencuba ^^

dan kalau susah sangat nak dapatkan bahan2 korea, pergi je kat mana2 kedai yg jual bahan masakan korea, tapi susah jugak nak cari, aku rekemenkan dekat Jusco Mid Valley Megamall..kat situ walaupun tak banyak, tapi tetap ada jugak hot pepper paste dan jugak dwaenjang paste. ^^

Thursday 26 July 2012

Nichkhun Horvejkul @ Thai Prince FIGHTING..!!


kejadian kemalangan yang melanda Khun oppa betul2 bagi kesan pada para peminat2 2PM dan aku jugak termasuk sekali..memang terkilan sangat bile tibe2 banyak sangat rumor2 yang muncul kebanyakannya kata Khun oppa yang salah 100%..memang Khun oppa ade salah jugak sebab kandungan alkohol die 0.56, tapi diorang kena ingat, bukan salah Khun sepenuhnya, si mangsa pun salah jugak sebab memandu laju.. tak patut betul, mentang2 Khun oppa adalah artis, so sewenang2nya nak kritik habis2an..serius aku tak nak peristiwa lampau akan berulang kembali dekat 2PM..sebagai peminat setia 2PM as HOTTEST, aku akan tetap sokong Khun oppa dan jugak 2PM sampai bile2..

NICHKHUN OPPA FIGHTING..!!

Thursday 22 December 2011

2PM HANDS UP ASIA TOUR @ Stadium Negara Kuala Lumpur

Tarikh 25 hb November 2011 merupakan tarikh paling istimewa dalam hidup aku sebab mimpi aku selama ni nak 2PM datang Malaysia akhirnya termakbul..even concert tu start at 8.30pm tapi aku dah ada kat situ dari jam 8pagi beratur nak dapatkan tempat yang strategik sebab aku beli tiket yang rockpit kena berdiri for the whole time. kat sana aku dapat kenalan HOTTEST MALAYSIA & HOTTEST INDONESIA tapi diorang stay kat Perth, Australia datang Malaysia sebab nak tengok konsert 2PM jugak. Sambil menunggu pintu dibuka untuk kami2 masuk dalam stadium tu, aku dengan kawan baru aku buat placard untuk biased kitorang masing2. Aku suppose buat placard nama Taecyeon but maybe sebab hati aku tersentuh dengan sikap Lee Junho yang baik hati dengan fans2 die tak kira dimana dia berada, aku buat placard nama die..even tak dapat bunga ros fan services dari 2PM but im happy to see them performs that night..first time in my life pergi konsert and konsert tu adalah my heroes2 2PM..im so proud to be there and be one of the HOTTEST. walaupun bersesak2 beratur dengan hujan yang turun, berdiri 2jam lebih tengok performances diorang but its worth it..SERIOUSLY..diorang punya bakat memang tak de bandingan dengan artis2 KPOP yang lain..bakat and rupa diorang memang lengkap..love 2PM FOREVER..!

Saturday 18 June 2011

KOREAN-Alphabet (Vowels)

Korean Alphabet adalah asas bagi permulaan untuk belajar bahasa Korea. Bagi permulaan mungkin korang akan rasa keliru dgn huruf2 korea ni tapi percayala, bila korang banyakkan praktis confirm korang akan rasa bahawasanya tulisan Korea ni senang sangat nak cam sebab tulisannya yang simple & tak rumit.



a      bunyi seperti 'ah'
ya    bunyi seperti 'yah'
eo    bunyi seperti 'law' (dengan bibir ditarik kebelakang)
yeo  bunyi seperti diantara 'yawn' & 'young'
o      bunyi seperti 'won'
yo    bunyi seperti 'yokel'
u      bunyi seperti 'june' , 'soon'
yu    bunyi seperti 'you'
eu    bunyi seperti 'jist (= just)' @ 'pirty (= pretty)'
i       bunyi seperti 'meet'
ae    bunyi seperti 'cap' , 'sack' @ 'ham'
yae  bunyi seperti 'yam'
e      bunyi seperti 'met' , 'hey' @ 'say'
ye    bunyi seperti 'yes' @ 'yeah'
wa   bunyi seperti 'wahshington' (bukan seperti worshington @ wohshington)
wae bunyi seperti 'swam'
oe    bunyi disebut seperti 'we'
wo   bunyi seperti diantara 'wall' & 'won'
we   bunyi seperti 'wet', 'way' @ 'sway'
wi    bunyi seperti 'queen' , 'between' @ 'sweet'
ui     adalah berlainan kerana gabungan 'ui' ada 3 sebutan yg berbeza bergantung kepada penggunaannya:
  •  pada permulaan perkataan ianya disebut sebagai u
  • pada akhir perkataan ianya disebut sebagai i
  • sebagai makna partikel yang terpisah ianya disebut sebagai e 
  • tetapi kebanyakannya partikel ui biasanya disebut sebagai e
Disini syah bagi beberapa contoh perkataan yang korang boleh praktikkan :

Tuesday 31 May 2011

KOREAN-Ladder Game

Ladder Game (Permainan Tangga) - Kenapa diberi nama ni aku pun kurang pasti tapi ikut pemahaman aku, sebab bentuk permainan ni macam tangga, cuma bentuk tangga yang bermacam bentuk dan takde had limit untuk pemain dalam game  ni (cool huh)

Macam mane aku boleh terjebak dan obses dengan game ni? Jawapannya adalah masa:
1st aku nampak permainan ni kat citer Cardcaptor Sakura time diorang nak buat pemilihan siape yang akan bawak watak2 untuk teater 'Sleeping Beauty'..
2nd kat variety show '2PM Idol Army Season 3' masa episod 9 dengan SNSD..
3rd, masa setiap kali 2PM nak buat show 'Heartbeat' diorang guna cara ni untuk tentukan siape yang akan 'mati' time hujung performance diorang

kalau orang yang tak kenal dengan game ni mungkin akan rasa keliru..dan aku pernah try google pasal game ni tapi agak susah nak dapat penjelasan yang betul2 clear..

Tapi kat sini aku akan terangkan pasal permainan tu untuk pengetahuan kite bersama..yeah2..

Contoh:
6 orang Namja Idol (artis lelaki) yang buat undian untuk warna yang akan dipilih untuk setiap sorang dengan menggunakan game ni

1. warna pilihan letak kat bahagian hujung tangga dibawah secara rawak begitu jugak dengan nama2 artis2 tersebut, letak je ikut suka korang.ataupun korang boleh buat permainan ni jadi interesting dengan:
  • tulis secara rawak keputusan warna kat bahagian bawah dan tutup keputusan warna2 tersebut..dan artis2 tersebut boleh pilih mane2 bahagian kat atas tu dengan letak nama mereka. ataupun:
  • sebaliknya jugak boleh dibuat (ni cume cadangan je,ikut pada citarasa masing2) 


 2. Untuk permulaan game ni, kita ambil Taecyeon sebagai checkpoint pertama
 3. dengan permulaan pada nama Taecyeon, ikut garisan(warna biru) tangga turun kebawah, bila terjumpa mane2 lencongan, samaada kiri atau kanan, just follow garisan tu..tapi kalau de de dua lencongan kiri dan kanan pada masa yang sama, korang kena ambil lencongan yang paling dekat macam contoh gambar kat atas ni..

4.korang boleh teruskan dengan nama2 artis yang lain sampaila semua nama2 artis dah dapat pilihan warna masing2.

5.Dalam permainan ni, setiap hujung tangga di atas harus jumpa dengan hujung tangga di bawah, kalau ade mane2 hujung tangga yang tak berjumpa dengan mana2 hujung tangga, maksudnya lukisan permainan tangga korang de masalah.


6.gambar kat bawah ni menunjukkan permainan tangga yang lengkap dengan pilihan masing2.

So konsep permainan ni sangat2 senang kan..korang boleh praktikkan game ni kalau nak buat undian atau sebagainya..

p/s: Kalau still de kemusykilan, tanye je..amat dialu2kan

    Monday 30 May 2011

    KOREAN-Numerals

    Hari ni kita nak mengira tapi bukan dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris..kat sini Sya ringkaskan penerangan pasal nombor2 ni daripada sebuah buku yang Sya belajar.
    1. Korea guna 2 set nombor iaitu 'Native Numerals (NN)' & 'Chinese Numerals (CN)'
    2. Nombor 1 sampai 99 guna NN & CN
    3. Tapi untuk nombor 100 dan keatas korang hanya perlu guna CN.
    4. Dan dalam Native Numerals ni dibahagikan kepada dua bentuk
    • Ordinary Shape (Bentuk yang biasa)
    • Shortened Shape (Bentuk yang dipendekkan) - Digunakan hanya untuk mengira, contoh untuk kira waktu atau bilangan manusia dll.

    Kat bawah ni korang boleh tengok sendiri set2 yang Sya terangkan kat atas tadi..
    Click at the picture



    5. Untuk nombor 10 keatas pulak, biasanya kombinasi nombor 10 & jugak nombor 10 kebawah
    Contoh: 
    no. 11>>> adalah gabungan 10 & 1 
    (no 10 kena kat depan dan no 1 dibelakang)

    no.12 >>> adalah gabungan 10 & 2
    (no 10 kena kat depan dan no 2 dibelakang)


    6. Tapi dalam Chinese Numerals, nombor 20 keatas, penggunaan & sebutan die agak berlainan dari Native Numeral.
    Contoh:
    no.20 >>> adalah gabungan 2 & 10 
    (no 2 kena kat depan dan no 10 kena kat belakang)

    no.30 >>> adalah gabungan 3 & 10  
    (no 3 kena kat depan dan no 10 kena kat belakang)


    7. Kita boleh buat kesimpulan bahawa Chinese Numerals agak kompleks untuk ingat dari segi susunan nombor untuk nombor 20 keatas. Tapi sebutan Chinese Numeral lebih senang nak sebut daripada Native Numerals.

    P/S: ape2 pun Sya kat sini dah try sebaik yang mungkin tuk kiter same2 belajar penggunaan Nombor kat negara Korea ni..Cuma bergantung kat diri masing2 je nak terima ataupun tak..
    anyway yang penting kiter kena 파이팅 

    Saturday 28 May 2011

    Aku & KPOP

    Aku minat ngan KPOP ni start ngan kumpulan Wonder Girls, n then SuJu tapi yg paling bertahan lama sampai la skarang ni adalah my precious BF
    2PM

    memang aku tak nafikan yg aku ni memang FANATIK KPOP tahap serius..! kebanyakan duit aku habis kat KPOP, mcm2 barang yg ak beli through on9..and kalau album 2PM yg ori xyah cakap memang aku xkan lepaskan even 1single o album..dan tu la barang paling berharga yang memang ak jage giler2..member2 aku nk sentuh album2 tu pun kene warning ngan aku dulu..sampai diorang fedup nk tengok aku nye barang yg de kaitan ngn KPOP..ᄏᄏᄏᄏ
    Member2 aku pernah tanye banyak kali soklan nih, sampai fedup aku rs..(--")

    member: syah, kalau 2PM wat concert nko g x?
    aku: (tanpa ragu2 aku terus jawab) MESTILA..! siap beli seat VIP g klau boleh..

    member: kalau 2PM wat concert time final exam, nko g x?
    aku: (rs nk nanges pn de)weyh jangan r
    (--")

    Kesimpulannya, aku memang dh lelekat ngan dunia KPOP sentiasa, sehari kalau xtengok video2 KPOP @ lagu2 aku rs kurang semacam sebb hari2 dah biase ngan kpop..sebab tu member2 aku kate aku selalu ngan dunia KPOP aku..

    bak irama ngan lagu

    dan sekarang ni aku ngah belajar bahasa KOREA secara xbertauliah(belajar sendiri)..siap beli buku cara2 nk belajar bahasa Korea..tahap aku sekarang ni adalah aku dh boleh bace tulisan korea tapi kene slow2 (mcm budak tadika baru belajr g2)..tapi tu adalah progress yg bagus la bg ak..korg bagi je la pe2 jenis tulisan korea kat aku insyaAllah aku ley bace tp kepahaman tulisan tu belum lagi la...ᄒᄒᄒᄒᄒ..ape2 pn kite kene
    파이팅..!


    On My Mark Get Set GO..!



    actually ni 2nd blog ak..ak lupe password blog ak yg 1st tuh ᄏᄏᄏ.. sebelum ni aku wat ala kadar je pasal blogging2 ni.. anyway, blog kali kedua ni wat aku betul2 nk jadikan blog ni full time, sbb adenye matlamat aku yang satu iaitu 'Dunia KOREA..n of course xlupe gak ngan pakwe2 aku 2PM yang bagi banyak impak kat diri aku..ᄏᄏᄏᄏ
    last but not least..



    To dunia blogging sekali lagi..ᄒᄒᄒᄒ