CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 31 May 2011

KOREAN-Ladder Game

Ladder Game (Permainan Tangga) - Kenapa diberi nama ni aku pun kurang pasti tapi ikut pemahaman aku, sebab bentuk permainan ni macam tangga, cuma bentuk tangga yang bermacam bentuk dan takde had limit untuk pemain dalam game  ni (cool huh)

Macam mane aku boleh terjebak dan obses dengan game ni? Jawapannya adalah masa:
1st aku nampak permainan ni kat citer Cardcaptor Sakura time diorang nak buat pemilihan siape yang akan bawak watak2 untuk teater 'Sleeping Beauty'..
2nd kat variety show '2PM Idol Army Season 3' masa episod 9 dengan SNSD..
3rd, masa setiap kali 2PM nak buat show 'Heartbeat' diorang guna cara ni untuk tentukan siape yang akan 'mati' time hujung performance diorang

kalau orang yang tak kenal dengan game ni mungkin akan rasa keliru..dan aku pernah try google pasal game ni tapi agak susah nak dapat penjelasan yang betul2 clear..

Tapi kat sini aku akan terangkan pasal permainan tu untuk pengetahuan kite bersama..yeah2..

Contoh:
6 orang Namja Idol (artis lelaki) yang buat undian untuk warna yang akan dipilih untuk setiap sorang dengan menggunakan game ni

1. warna pilihan letak kat bahagian hujung tangga dibawah secara rawak begitu jugak dengan nama2 artis2 tersebut, letak je ikut suka korang.ataupun korang boleh buat permainan ni jadi interesting dengan:
  • tulis secara rawak keputusan warna kat bahagian bawah dan tutup keputusan warna2 tersebut..dan artis2 tersebut boleh pilih mane2 bahagian kat atas tu dengan letak nama mereka. ataupun:
  • sebaliknya jugak boleh dibuat (ni cume cadangan je,ikut pada citarasa masing2) 


 2. Untuk permulaan game ni, kita ambil Taecyeon sebagai checkpoint pertama
 3. dengan permulaan pada nama Taecyeon, ikut garisan(warna biru) tangga turun kebawah, bila terjumpa mane2 lencongan, samaada kiri atau kanan, just follow garisan tu..tapi kalau de de dua lencongan kiri dan kanan pada masa yang sama, korang kena ambil lencongan yang paling dekat macam contoh gambar kat atas ni..

4.korang boleh teruskan dengan nama2 artis yang lain sampaila semua nama2 artis dah dapat pilihan warna masing2.

5.Dalam permainan ni, setiap hujung tangga di atas harus jumpa dengan hujung tangga di bawah, kalau ade mane2 hujung tangga yang tak berjumpa dengan mana2 hujung tangga, maksudnya lukisan permainan tangga korang de masalah.


6.gambar kat bawah ni menunjukkan permainan tangga yang lengkap dengan pilihan masing2.

So konsep permainan ni sangat2 senang kan..korang boleh praktikkan game ni kalau nak buat undian atau sebagainya..

p/s: Kalau still de kemusykilan, tanye je..amat dialu2kan

    Monday 30 May 2011

    KOREAN-Numerals

    Hari ni kita nak mengira tapi bukan dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris..kat sini Sya ringkaskan penerangan pasal nombor2 ni daripada sebuah buku yang Sya belajar.
    1. Korea guna 2 set nombor iaitu 'Native Numerals (NN)' & 'Chinese Numerals (CN)'
    2. Nombor 1 sampai 99 guna NN & CN
    3. Tapi untuk nombor 100 dan keatas korang hanya perlu guna CN.
    4. Dan dalam Native Numerals ni dibahagikan kepada dua bentuk
    • Ordinary Shape (Bentuk yang biasa)
    • Shortened Shape (Bentuk yang dipendekkan) - Digunakan hanya untuk mengira, contoh untuk kira waktu atau bilangan manusia dll.

    Kat bawah ni korang boleh tengok sendiri set2 yang Sya terangkan kat atas tadi..
    Click at the picture



    5. Untuk nombor 10 keatas pulak, biasanya kombinasi nombor 10 & jugak nombor 10 kebawah
    Contoh: 
    no. 11>>> adalah gabungan 10 & 1 
    (no 10 kena kat depan dan no 1 dibelakang)

    no.12 >>> adalah gabungan 10 & 2
    (no 10 kena kat depan dan no 2 dibelakang)


    6. Tapi dalam Chinese Numerals, nombor 20 keatas, penggunaan & sebutan die agak berlainan dari Native Numeral.
    Contoh:
    no.20 >>> adalah gabungan 2 & 10 
    (no 2 kena kat depan dan no 10 kena kat belakang)

    no.30 >>> adalah gabungan 3 & 10  
    (no 3 kena kat depan dan no 10 kena kat belakang)


    7. Kita boleh buat kesimpulan bahawa Chinese Numerals agak kompleks untuk ingat dari segi susunan nombor untuk nombor 20 keatas. Tapi sebutan Chinese Numeral lebih senang nak sebut daripada Native Numerals.

    P/S: ape2 pun Sya kat sini dah try sebaik yang mungkin tuk kiter same2 belajar penggunaan Nombor kat negara Korea ni..Cuma bergantung kat diri masing2 je nak terima ataupun tak..
    anyway yang penting kiter kena 파이팅 

    Saturday 28 May 2011

    Aku & KPOP

    Aku minat ngan KPOP ni start ngan kumpulan Wonder Girls, n then SuJu tapi yg paling bertahan lama sampai la skarang ni adalah my precious BF
    2PM

    memang aku tak nafikan yg aku ni memang FANATIK KPOP tahap serius..! kebanyakan duit aku habis kat KPOP, mcm2 barang yg ak beli through on9..and kalau album 2PM yg ori xyah cakap memang aku xkan lepaskan even 1single o album..dan tu la barang paling berharga yang memang ak jage giler2..member2 aku nk sentuh album2 tu pun kene warning ngan aku dulu..sampai diorang fedup nk tengok aku nye barang yg de kaitan ngn KPOP..ᄏᄏᄏᄏ
    Member2 aku pernah tanye banyak kali soklan nih, sampai fedup aku rs..(--")

    member: syah, kalau 2PM wat concert nko g x?
    aku: (tanpa ragu2 aku terus jawab) MESTILA..! siap beli seat VIP g klau boleh..

    member: kalau 2PM wat concert time final exam, nko g x?
    aku: (rs nk nanges pn de)weyh jangan r
    (--")

    Kesimpulannya, aku memang dh lelekat ngan dunia KPOP sentiasa, sehari kalau xtengok video2 KPOP @ lagu2 aku rs kurang semacam sebb hari2 dah biase ngan kpop..sebab tu member2 aku kate aku selalu ngan dunia KPOP aku..

    bak irama ngan lagu

    dan sekarang ni aku ngah belajar bahasa KOREA secara xbertauliah(belajar sendiri)..siap beli buku cara2 nk belajar bahasa Korea..tahap aku sekarang ni adalah aku dh boleh bace tulisan korea tapi kene slow2 (mcm budak tadika baru belajr g2)..tapi tu adalah progress yg bagus la bg ak..korg bagi je la pe2 jenis tulisan korea kat aku insyaAllah aku ley bace tp kepahaman tulisan tu belum lagi la...ᄒᄒᄒᄒᄒ..ape2 pn kite kene
    파이팅..!


    On My Mark Get Set GO..!



    actually ni 2nd blog ak..ak lupe password blog ak yg 1st tuh ᄏᄏᄏ.. sebelum ni aku wat ala kadar je pasal blogging2 ni.. anyway, blog kali kedua ni wat aku betul2 nk jadikan blog ni full time, sbb adenye matlamat aku yang satu iaitu 'Dunia KOREA..n of course xlupe gak ngan pakwe2 aku 2PM yang bagi banyak impak kat diri aku..ᄏᄏᄏᄏ
    last but not least..



    To dunia blogging sekali lagi..ᄒᄒᄒᄒ